Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 6, 2011

solat sunat

Assalammualaikum wbt...
hari ni kite nak berblog sambil beramal ibadah....
kita sedia tau.. selain daripada solat fardhu yg wajib, terdapat pelbagai solat sunat yg sunat kite lakukan...

Banyak kelebihan menunaikan solat sunat ni ye adik2... selain menutup kekurangan solat fardu, mereka yang memperbanyakkan solat sunat menjadi ahli syurga, darjatnya ditinggikan serta menghapuskan dosa lalu, dicintai Allah dan mencegah perbuatan dilarang.

Akak sbg saudara sesame islam, nk mengajak korg melakukan solat dhuha...

SOLAT DHUHA ADALAH KUNCI REZEKI.. 

Solat dhuha ni adlh slh satu slt feveret akk... sekejap je slt nyer.. x rugi pun kalau korg stop dulu keje korg tu and gi kerjakan solat dhuha... Time akak praktikal kat Jab. Kimia aritu,, ingat lg pesan dan nasihat sorg chemist kat sane...

Syai nt selalu2 la solat dhuha... Solat dhuha ni solat membuka pintu rezeki,, InsyaAllah,, kite akan sentiasa murah rezeki,,, nnt kan lps hbs study mst nk carik kerja kan,, so amal kan lah solat ni,,, insyaAllah segala urusan dipermudah kan,,,

tapi xsemestinya kite bt solat ni,, semate2 kite nk dpt kan kerje tu,,, kite jadikanlah sebagai amalan harian,,, byk fadilat yang akn kite dpt.... insyaAllah... ^_^

alhamdulillah,,, akk start amal kan ni mase bt master haritu (lmbt nyer baru nk stat kan,, hurmm tp xpe lah,, biar lmbt dr xbuat terus,, btl x ?
tp kadang2 ade jgk terlepas... biase lah manusia ni selalu lalai.... so sbg hamba Allah... kite perlu berdoa spy tdk sering lalai menjalankan ibadah kpd Allah..

Sekadar nk cerita kan pengalaman akk.. mane la tau,, kot2 korg terbuka hati nk bt solat dhuha kan..,, bg yg dh amalkan ,, kite teruskan... akak bkn nk membanggga atau riak,, tp kit sbg saudara kan ke kne mengajak sesame kite utk beribadah,,,  ^_^



SOLAT SUNAT DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :     

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata : 

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

 
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


cube korg hayati maksud doa ayat kat atas ni ok.... ^_^

boleh rujuk web ni ye kwn2 ^_^

petikan dr page ini :
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…



Di bawah ada beberapa solat sunat yang lain yg boleh kite amalkan setiap hari :

 
Solat Sunnat Tahiyatul Masjid

Setiap solat sunat ni membawa kepada maksud dan kelebihan masing2...



SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
 
Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya  :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar,  munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...


So bkn setakat solat dhuha aje yg kite blh bt,, lakukan lah solat sunat yg lain juge,,,
jom kite berusaha bersama2,,, insyaAllah...

 
sumber2 diambil dr web page ini.. blh la jadikan sbg rujukan yer :

http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
http://permai1.tripod.com/dhuha.html
http://nursyirah.wordpress.com/2008/03/30/solat-dhuha-adalah-kunci-rezeki/

http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...